Monday, January 26, 2009

masjid kampung laut

Bentuk bangunan Masjid kampung laut – Kunci Memahami Kebudayaan melayu

Prakata
Sesungguhnya masjid sebagai tempat ibadat dan pengajian di kalangan orang-orang Melayu Islam telah menjadi ciri yang sangat penting dalam kehidupan sehari-hari mereka, untuk menyatakan bahawa masjid itu mempuntai pertalian yang erat dengan cita rasa budaya dan agama mereka. Orang melayu telah membina masjid dengan coraknya tersendiri yang membentuk bangunan ghasal ( ganjil ) tiga atau lima atap bumbung yang membesar di bawah dan lancip ke atas dengan buah butun sebagai puncak tertinggi. Bangunan semacam ini selain mengambarkan konsep falsafah ketuhanan dan kealaman juga disesuaikan dengan iklim tropika alam Melayu yang mempunyai musim panas dan hujan , di mana pada musim panas wujudnya senibina atap tumpang itu sesuai bagi system ventilasi, sedang pada musim hujan bentuk bangunan itu sesuai dengan system curahan air. Tidaklah benas sarjana barat yang mengatakan masjid nusantara yang mengatakan masjid nusantara tidak mempunyai senibina Islam. Keagungan masjid nusantara terletak dalam falsafah dan senibina yang sangat mendalam bagi falsafah ketuhanan dan falsafah kejadian alam.

Pendahaluan
Sebelum memahami kebudayaan melayu sampai ke akar umbinya, alat pertama yang kita perlu tahu adalah mengenali ALLAH. Tanpa mengenali Allah, kita tidak dapat memahami kebudayaan melayu dalam artikata yang sebenarnya. Bagi orang melayu, zat Allah adalah zat bagi segalanya dan menjadi tema dalam kehiupan seharian, oleh itu kebudayaan melayu juga bertunjangkan tema mengenali zat Allah, orang melayu kuno mengenali Allah bukanlah dengan berfalsafah seperti ahli falsafah Negara barat, tetapi dengan beribadat demi beribadat sehingga tercapai tingkat mengenali allah dengan rasa, pengalaman, maka timbulah konsep-konsep yang berasa pengalaman itu. Dengan penterapan konsep ketuhanan dan kealaman kedalam segenap bidang kehidupan itu melahirkan satu bentuk kebudayaan yang berorentasikan, kebudayaan yang bertemakan zat allah dan meliputi seluruh khidupan seharian penduduk melayu.






Teori organik
Seluruh konsep ketuhanan dan kealaman orang-orang melayu disari dan diperlambangkan pada bunga teratai yang menjadi asa dari segala lambing. Dari bentuk lambang bunga teratai ini terpancar segala lambang dalam kebudayaan Melayu. Kalau masjid menjadi nadi untuk mengenali kebudayaan melayu, maka bunga teratai menjadi kunci untuk mengenali masjid, boleh mengatakan bunga teratai kunci segala kunci.
Analogi Bunga teratai.
Pada mulanya apabila tangkai bunga teratai dipegang dengan erat, seluruh bunga tidak terlucut dari tangan. Tangkai itu adalah melambangkan zat Allah dan kelopak-kelopaknya melambangkan makhluk. Maksud dari kata-kata ini bahawa dalam hidup ini tempat pertama kita mestilah berpegang kepada zat Allah, bukanlah pada makhluk. Bila zad Allah menjadi pegangan, segala urusan seharian dan juga perhubungan menjadi mudah. Ini lah menjadi pegangan orang-orang melayu yang menjadi tema dalam kehidupan seharian mereka.

Bentuk Bangunan
Ambil sekuntum bunga teratai dan kemudain bunga tersebut dilungkupkan mukanya kebawah, akan terlihat bahagian pangkal kelopak bersama tangkainya yang abstrak terletak di ata dan kelopak-kelopaknya di bawah. Pemandangan ini dapat dilihat pada bentuk bangunan majid kampung laut, Kelantan. Sekarang bentuk masjid pula melambangkan keseluruhan konsep ketuhanan dan kealaman orang-orang melayu atau dengan kata-kata lain, pada bangunan Masjid itu pula disimpan dan diabadikan konsep tersebut.
Pengenalan lokasi masjid kampung laut
Masjid kampung laut asalnya terletak di kampung laut, agak jauh dari tepi sengai Kelantan. Oleh kerana tebing sungai Kampung laut itu selalu runtuh pada setiap kali banjir besar, akhirnya masjid tersebut hampir-hampir tebing sungai dan boleh terhumban kedalam laut. Untuk menyelamatkan masjid yang bersejarah ini, ia telah dirombak dan dibangunkan kembali di Nilam Puri dan siap pada tahun 1970. Bahagian buah butun pada kemuncaknya telah diubah dan tidak sama dengan bentuk asalnya, hujung pada penunjuk langit juga telah diubah. Bahagian yang telah dipindahkan adalah bahagian rumah ibu, manakala bahagian lain telah dibina semula, bahagian yang telah ditinggalkan adalah serambi, menara dan kola dari batu telah ditinggalkan.




Konsep ketuhanan dan kealaman
- 1) Bahagian luar masjid
- 2) Bahagian dalam masjid
Bahagian luar adalah bentuk keseluruhan masjid Kampung Laut yang dapat dipandang dari luar, bangunan ini mempunyai tujuh tingkat serupa juga dengan tingkat-tingkat pada sekuntum bunga teratai. Tingkat ini pula terbahagi kepada dua tingkat penting iaitu tingkat ketuhanan dan juga kealaman.
Tingkat ketuhanan
Tingkat ini terdiri dari tiga tingkat seperti berikut
1 ) Tingkat yang pertama, tingkat kosong dari sesuatu, tingkat yang tiada dapat igambarkan atau diceritakan sama sekali, inilah tingkat Zat Allah. Tingkat ini dinamakan “ Tingkat Ahadiah “.
2 ) Tingkat yang kedua, tingkat lahirnya seorang tokoh yang menjadi haqiqat bagi seluruh alam, bahagian ini diperlambangkan dengan buah butun bahagian atas, jadinya ia adalah tingkat wujudnya suatu yang bersifat dari zat Allah. Tingkat ini disebut “ tingkat wahda”
3 ) Tingkat yang ketiga. tingkat ini diperlambangkan dengan buah utun bahagian bawah yang lebih besar dari bahagian atasnya. Tingkat ini disebut Tingkat Wahidiah.
--- Tingkat kealaman
Daripada tingkat ketuhan, tingkat ini terdiri daripada tingkat kealaman
Tingkat yang keempat. Tingkat alam ghaib lagi ghaib, permulaan tingkat makhluk dalam ertikata makhluk yang berjisim halus. Ala mini berbataskan “ Arasy yang Besar “ batas makhluk yang paling besar, dilambangkan dengan rabung tingkat yang pertama.
Tingkat yang kelima. Tingkat alam ghaib, tingkat makhluk yang terdiri dari jisim yang lebih besar dari jisim tingkat alam ghaib lagi ghaib di atasnya. Tingkat ini diperlambangkan dengan rabung tingkat kedua
Tingkat yang keenam. Tingkat alam nyata, terdiri dari jisim yang lebih kasar dari jisim tingkat alam ghaib di atas. Tingkat ini diperlambangkan denagn rabung tingkat yang tingkat yang ketiga bersama dengan dinding, pelantaian dan tiang-tiang.
Tingkat yang ketuhuh. Tingkat manusia sempurna, iaitu nabi Muhammad di alam nyata diperlambangkan dengan bawah penunjuk langit ditengah-tengah bahagian dari rabung tingkat yang pertama. Bahagian ini dinamakan nur Muhammad


Bahagian dalam
Di dalam bangunan masjid kampung laut terdapat beberapa bahagian yang penting dan beberapa lambang, salah satunya adalah pnunjuk langit dan bahagian bawahnya yang melambangkan Nur Muhammad. Dan unsur dalaman bangunan banyak kaitanya dengan luaran.
Tiang-tiang bahagian dalam dari dalaman Masjid kampung laut ini dapat dibahagikan kepada dua :
1 ) Tiang-tiang yang terletak di bahagian empat penjuru.
2 ) Tiang-tiang yang terletak di antara tiang-tiang empat penjuru di pinggir.

Yang pertama
Tiang-tiang yang terletak pada empat penjuru. Tiang-tiang ini terdiri dari tiga peringkat berikut
1 ) Empat tiang yang terletak pada empat penjuru bahagian tengah terdiri di antara rabung tingkat yang pertama dan bahagian lantai.
2 ) Peringkat yang kedua. Empat tiang yang terletak pada empat penjuru bahagian pinggir yang terdiri di antara rabung tingkat yang kedua lantai. Ini melambangkan empat penjuru alam.
3 ) Peringkat yang ketiga. Empat tiang yang terletak pada empat penjuru bahagian pinggir luar, ia melambangkan empat penjuru alam dalam alam nyata.

Yang kedua
Tiang yang terletak di antara tiang-tiang empat penjuru bahagian pinggir. Tiang-tiang ini berjumlah dua belas mewakili dua belas kelompok bunga teratai. Dua belas tiang ini terletak pada empat penjuru sisi, yang masing-masing ada tiga tiang pada setiap sisi, iaitu bahagian utara, selatan, timur, barat.
Kedua belas tiang ini melambangkan unsure-unsur alam dari alam kejadian serupa dengan dua belas kelopak binga teratai, pengertian adalah seperti berikut :
1 – Empat tiang melambangkan empat unsur : tanah, air, api dan angin dalam alam ghaib lagi ghaib.
2 – Empat tiang melambangkan empat unsur : tanah, air, api dan angin dalam alam ghaib
3 - Empat tiang melambangkan empat unsur : tanah, air, api dan angin dalam alam nyata.



Pengenalan lokasi masjid kampung laut
Masjid kampung laut asalnya terletak di kampung laut, agak jauh dari tepi sengai Kelantan. Oleh kerana tebing sungai Kampung laut itu selalu runtuh pada setiap kali banjir besar, akhirnya masjid tersebut hampir-hampir tebing sungai dan boleh terhumban kedalam laut. Untuk menyelamatkan masjid yang bersejarah ini, ia telah dirombak dan dibangunkan kembali di Nilam Puri dan siap pada tahun 1970. Bahagian buah butun pada kemuncaknya telah diubah dan tidak sama dengan bentuk asalnya, hujung pada penunjuk langit juga telah diubah. Bahagian yang telah dipindahkan adalah bahagian rumah ibu, manakala bahagian lain telah dibina semula, bahagian yang telah ditinggalkan adalah serambi, menara dan kola dari batu telah ditinggalkan.

Pengenalan Masjid Kampung laut
Ada pelbagai pendapat mengenali majidid kampung Laut, dan senibina masjid tersebut. Bangunan ini sering dikaitan dengan masjid agung Demak di Jawa. Menurut sumber masjid agung Demak didirikan pada tahun 1479, yang mana pada masa tersebut Islam berkembang di nusantara. Banyak mempercayai bahawa masjid kampung laut dibina oleh alim ulama yang dating dari tanah jawa. Dari segi persamaan, bentuk masjid kampung laut banyak mempunyai persamaan dengan masjid agung Demak
Ukuran masjid Kampung Laut
Masjid Kampung Laut terdiri atas tapak yang berukuran 15.85mx18.85m persegi atau lebih tepat ukuran kakinya 52x52 kaki persegi. Bangunan ini disokong oleh 44 tiang, yakni 4 batang tiang seri atau tiang guru, 16 batang tiang tegak dan 24 batang tiang serambi. Tiang seri berukuran 8 meter dari tanah dan tiang-tiang inilah yang menyokong bumbung pada tingkat atasnya, dan kelebaran tiang ini adalah 0.24mx0.24m. ketinggian puncak bumbung masjid Kampung Laut kira-kira 11.65 meter atau 35 kaki, sebenarnya ketinggian masjid kampung laut lebih tinggi sebelum ia dipindahkan ke Nilam Puri. Masjid Kampung Laut mempunyai pintu-pintu setiap sisi dindingnya, pintu tersebut berukuran 1.6 meter tinggi dan 0.96 meter lebar. Pada masa dulu, masjid kampung laut mengandungi sebuah menara yang terletak di sisi bangunan, dan dibelakangnya disambung dengan sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang. Walaubagaimanapun kolah dan juga menara tidak dipindahkan kerana disambung dengan batu pejal dan dipahat, maka ia masih terletak di kawasan asal yang mana tapak tersebut telah ditelami air sungai kampung laut setelah sekian lama tembuk sungai dihakis.





Teori komunikasi senibina
Seperti mana yang diketahui, masjid di tanah melayu pada zaman dahulu digunakan sebagai pusat ibadat dan juga pengajian, masyarakat melayu menggunakan sepenuhnya masjid sebagai segala pusat yang mana membentuk kebudayaan melayu itu sendiri, masjid terbentuk apabila keadaan sesuatu tempat mempunyai bilangan penduduk yang tertentu dan juga komunikasi antara penduduk telah mencapai keharmonian setempat, masjid boleh dikatakan nai keseluruhan bagi menggerakan organisasi penduduk melayu pada zaman terdahulu, pada seni bentuk masjid Kampung laut bukan sahaja menekankan identity setempat masyarakat melayu yang mengambil kira semua aspek, malah rekaannya memenuhi kehendak dan juga kegunaan masyarakat setempat.
Masjid kampung laut mempunyai rekaan asas jika diteliti dari segi penggunaan ruangnya, kebanyakan ruang dibina berdasarkan kehendak dan juga fungsi ( form follow function ). Dilihat pada rajah rekaanya mempunyai bahagian yang luas dan terbuka, yang mana banyak aktiviti dapat dilakukan
Di ruang dalam masji, banyak aktiviti dapat dilakukan, selain melakukan sembahyang berjemaah, aktiviti seperti belajar mengaji, mendengar ceramah dari ulama-ulama, kelas-kelas dan sebagainya, manakala bagi bahagian luaran iaitu serambi, terdapat juga aktiviti yang dijalankan seperti perbincangan terhadap aktiviti kampung atau sebagainya, fungsi serambi lebih teserlah apabila terdapat majlis kenduri di kalangan penduduk kampung menjalankan aktiviti tersebut di kawasan serambi seperti menyediakan kelengkapan kenduri dan juga sebagia tempat untuk menjamu ketika kenduri, sebagai keseluruhan, bahagian rekaan masjid tidak mempunyai rekaan khusus untuk sesuatu fungsi sahaja, malah ruang tersebut dapat dijalankan dengan bermacam-macam fungsi.
Dari segi organisasi masyarakat, sekitar masjid kampung laut terbentuk beberapa penempatan dan juga bangunan yang berfungsi sebagai memenuhi kehendak setempat, seperti sekolah pondok, penempatan kampung, warung dan juga kedai. Aktiviti penduduk lebih menekankan kepada pembangunan sahsiah dan rohani selari dengan ajaran agama Islam. Terbukti bahawa masjid Kampung Laut menjadi titik tolak kepada pembangunn bangsa Melayu di Kampung laut, dan sebagai umat Islam sendirinya dituntut untuk mendalami ilmu dengan lebih mendalam sama ada dalam bidang keagamaan dan juga bidang teknologi selari dengan kemajuan yang dicapai. Masyarakat melayu juga membangunkan bidang pertanian sebagai salah satu sumber sara diri. Tanaman rugi yang diusahakan adalah beras melalui penanaman padi.